Terimalah hakikat Peja patut dihukum
Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dan Pas diminta menerima hakikat kesalahan yang dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, lantaran itu beliau wajar dihukum.
Ini kerana kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Faizal atau lebih mesra disapa sebagai Peja telah menimbulkan kemarahan dan kemurkaan Perak.
”Kepada parti Pas dan Bersatu, terimalah realiti yang kesalahan Peja perlu dihukum. Dan adalah amat memalukan jika Pas dan Bersatu mahu terus mempertahankan kemudaratan yang Peja telah lakukan pada negeri Perak.
”Yang ditukar adalah Peja bukannya Kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Exco Pemuda Umno Malaysia Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Menurutnya, UMNO sama sekali tidak pernah dan tidak akan bekerjasama dengan DAP untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak walaupun ada pihak yang suka untuk DAP berkuasa seperti mana yang berlaku pada PRU14 dan menolak penyatuan kuasa politik Melayu.
”UMNO tamak? Gila kuasa? Jika tamak Gila kuasa sudah pasti selepas PH tumbang maka UMNO yang akan menuntut jawatan Menteri Besar Perak atas faktor mempunyai bilangan kerusi dun terbanyak. Namun ianya tidak berlaku dan UMNO terus menyokong YB Peja dari Bersatu sebagai MB,” katanya.
Beliau mengingatkan, keputusan PRU 2018 UMNO mempunyai 27 kerusi DUN dan Pas peroleh 3 kerusi DUN.
Pada waktu itu sudah ada suara dari akar umbi yang mahu UMNO dan Pas bersama membentuk kerajaan negeri Perak kerana mempunyai bilangan 30 kerusi DUN berbanding PH 29 kerusi.
Bersatu yang melihat keenganan Pas bersama UMNO dengan pantas telah membeli dua ADUN UMNO seterusnya membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak, yang mana didominasi oleh DAP dengan majoriti kerusi DUN terbanyak.
Terdahulu, beliau menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dicadangkan segera melantik Peja sebagai menteri kanan.
Jawatan itu selari dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Bersatu dan perlu diletakkan pada kedudukanterkanan dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Muhammad Azri yakin pemimpin UMNO tidak mempunyai masalah jika Peja dilantik menteri kanan memandangkan keputusan melantik menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
”Kenapa tidak? Kuasa YAB Perdana Menteri untuk melantik Menteri dan Peja adalah Timbalan Presiden BErsatu maka sudah pasti kedudukan nya mestilah Menteri Kanan ke atas.
”Takkan Azmin Ali yang jawatan dilantik dalam Bersatu boleh diangkat Menteri Kanan tapi Peja yang menang bertanding tak boleh?,” soalnya.
Menurutnya, lebih cepat Peja diserapkan ke dalam Jemaah Kabinet maka ianya lebih baik bagi mengawal suhu politik negara dari terus merebak hingga boleh menyebabkan rumah Perikatan Nasional terbakar. – MG
Papagomo tidak sampai 24 jam ambil tindakan, harap Guan Eng juga sama
You must be logged in to post a comment.