Papagomo tidak sampai 24 jam ambil tindakan, harap Guan Eng juga sama

Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berbaur hasutan berhubung kerjasama UMNO-Pas kelmarin, boleh menyebabkan keharmonian di negara yang masyarakatnya pelbagai kaum ini tergugat.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Harmizan Abd. Halim menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Guan Eng selepas banyak laporan polis di seluruh negara telah dibuat.

Katanya, tindakan Setiausaha Agung DAP yang cuba meniup api kebencian perkauman dengan menggambarkan kerjasama Pas dan UMNO sebagai ‘peingisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu merupakan provokasi serta bersifat hasutan.

“Tindakan tegas perlu supaya perkara ini tidak berulang khususnya apabila kenyataan ini keluar daripada menteri kanan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kangar di sini, hari ini.

Selain Pergerakan Pemuda UMNO negeri, turut membuat laporan sama ialah Pas negeri, Wanita UMNO Bahagian Kangar, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini.

Sementara itu, Harmizan turut berharap pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu berkenaan kerana kes tersebut jelas berbaur hasutan serta perkauman.

“EXCO UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo tidak sampai 24 jam tindakan diambil dan diharap tindakan sama juga dikenakan terhadap Guan Eng apabila ramai pihak tampil membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan, Wan Hassan Ismail berkata, selama ini semua bangsa iaitu Melayu, Cina, India hidup aman damai dan sehubungan itu, janganlah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. rule of DAPigs law…that is what happening where the politician are free to curse, incite, lying to the people ….

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker