Bahrain Negara Kedua Luluskan Vaksin Covid-19
Manama: Bahrain pada Jumaat mengumumkan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 yang dibangunkan Pfizer-BioNTech.
Ia sekali gus menjadi negara kedua selepas Britain yang berbuat demikian.
Britain pada Rabu lalu menyatakan proses vaksinasi itu dijangka bermula minggu depan.
Setakat ini, negara itu merekodkan lebih 87,000 kes Covid-19 dengan 341 kematian.-HM
You must be logged in to post a comment.