Jangan ‘rigid’ sangat soal pengeluaran KWSP

SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seharusnya tidak terlalu ‘rigid’ dengan meletakkan syarat yang ketat buat pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan mereka dalam akaun satu melalui program i-Sinar.

Penganalisis ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor menegaskan, dalam situasi sekarang iaitu ketika rakyat berdepan dengan kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19, KWSP perlu menyediakan jalan yang mudah untuk membantu pencarum meringankan beban yang mereka hadapi.

“Jangan ‘rigid’ sangat soal pengeluaran wang KWSP kerana ramai yang tersepit dalam situasi pandemik Covid-19. Sepatutnya pengeluaran wang dipermudahkan kepada pencarum kerana mereka bukan sengaja hendak keluarkan wang tetapi terpaksa. Kita lihat sahaja situasi sekarang ramai tiada pekerjaan dan gaji dipotong maka mereka perlukan sokongan kewangan.



“Bila dapat keluarkan wang, maka golongan yang belanja ‘cukup makan’ dan ‘tersepit’ ini dapat menarik nafas lega dan tidaklah terbeban,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

KWSP kelmarin mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar.

KWSP memaklumkan, kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Bagi Kategori 2 pula, golongan yang layak adalah mereka yang berdepan dengan pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.



Dalam pada itu Shazli turut menekankan, definisi individu atau kelompok terjejas itu harus diubah melibatkan pihak yang memerlukan dan tidak mengelirukan rakyat.

“Beri peluang dan jangan susahkan mereka (pencarum). Benarkanlah sesiapa pun yang mencarum keluarkan simpanan mereka bagi menjana kehidupan keluarga dan perkara itu perlu diambil kira oleh semua pihak.

“Maksudnya semua pihak layak dan tidak perlulah letak syarat lagi memandangkan program i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum,” katanya.



Related Articles

7 Comments

    1. Bagi aje lah 10 k one off, klu ada golongan B40 yang hendak beli kereta second hand untuk kegunaan 1 keluarga, kan senang, blh la bayar cash klu kereta harga dlm 5k ke 7k, nk ambil lesen kereta lgi, klu dpt 5k mcm mn la nk bayar?

  1. KEWANGAN KWSP IALAH PEROMPAK BESAR !!! Cakap dan tunjuk beberapa alasan semua tak pakai OTAK !!! SEMUA KERISAU , FIKIRAN LEBIH SAMPAI BUAT KELEBIHAN , MACAM SEMUA AHLI CARUMAN KWSP BUDAK KECIL LAGI !!! Tunjuk Kewangan KWSP hanya ada otak fikir…selain daripada itu semua ahli caruman KWSP tak ada otak berfikir !!!

  2. Seperti saya yang baru dapat kerja pertengahan bulan November 2020 ini juga tidak layak mengikut syarat ini.Saya sangat memerlukan kewangan memandangkan saya sedang membina rumah 65% dlm pembinaan.Jika syarat ini kekal maka saya salah seorg yg mungkin tdk layak memohon.Saya sarankan supaya pengeluaran tersebut tidak perlu bersyarat.Ini adalah wang kami sendiri.Bagi mereka yg merasa masih kukuh kewangan mereka tak perlulah keluarkan kwsp mereka.Maka harapan saya supaya pengeluaran tersebut perlu tanpa syarat.Saya juga sarankan supaya mereka yg layak dpt i-lestari sebelum ini adalah didaftarkan secara automatik.Syarat2 yg diletakkan ini menampakkan kwsp mempunyai masalah dlm memberi pengeluaran tersebut.Adakah betul2 skrg kwsp mempunyai cukup cash sbyk 70 bilion itu atau sebaliknya.Jika tiada masalah maka buatlah pengeluaran tersebut tanpa syarat.Kami rakyat merana sekarang ini.INI DUIT KAMI BUKAN ORG LAIN PUN BOSKU….

  3. Bukan kwsp saja yg bertimbun syaratnyaa,loan bank pun sama,bpn dan lhdn pun dua kali lima jeee…bukan main lagi bantuan tu bantuan ni tapi syaratnya mak ooooi 🤨

    1. tolong longgarkan syarat i sinar…..kami yang berkerja pun bukan hidup senang dalam situasi sekarang….

  4. Ye sokong 100% pengeluaran 10k one off,supaya golongan yg susah blh mmbeli kereta second hand dgn bayaran cash,klu harga kereta dlm 5k -7k. Xperlu nk brhutang,nk ambil lesen kereta lgi, klu dpt 5k mcm mn la nk beli?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker