Syarikat televisyen disaran henti guna gelaran agama

Terkini di My KMU !!!!---->

KUALA LUMPUR: Syarikat televisyen perlu berhenti menggunakan sebarang gelaran Islamik dalam rancangan televisyen bagi mengelak persepsi negatif terhadap Islam sekiranya peserta program bertindak di luar batas moral dan agama.

Pendakwah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, lebih baik jika stesen televisyen menggunakan panggilan biasa daripada terus menggelar peserta seperti Da’i, Pencetus Ummah (PU), Imam Muda atau Ustazah Pilihan setelah tamat program.

“Saya tak suka label-label agama ini dipakai. Peserta juga perlu berhati-hati sebab apa sahaja yang mereka lakukan kelak, masyarakat mudah percaya dan mengikuti tindak-tanduk mereka.

“Sebelum ini, saya sudah maklumkan agar syarikat berkenaan tidak meletakkan sebarang gelaran yang berkait dengan agama sebab saya tahu kesannya akan jadi seperti sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Isu ‘penunggang agama’ hangat diperkatakan apabila seorang bekas program realiti Islamik pada 27 November lalu dipercayai menggunakan popularitinya untuk mengajak mangsa keluar makan sebelum melakukan kegiatan terkutuk.

Pernahkah Malaysia bergelar ‘Harimau Asia’ – Najib

Seleberiti itu ditahan reman di Mahkamah Shah Alam baru-baru ini berhubung dakwaan merogol kenalan Instagram tahun lalu dan disambung lima hari bermula semalam.

Mengulas lanjut, Dr. Ridhuan bagaimanapun tidak menafikan terdapat kebaikan daripada rancangan Islamik seperti itu kerana mengasah bakat-bakat baharu dalam kalangan anak muda.

Bagaimapun, kata beliau, masalahnya apabila gelaran yang digunakan seolah-olah menunjukkan mereka hebat dalam aspek keagamaan sedangkan hakikatnya, ia tidaklah seperti itu.

Tambahnya, oleh kerana sesetengah stesen televisyen lebih mementingkan rating dan jumlah pengikut yang ramai di media sosial, aspek keilmuan sanggup diketepikan.

“Akibatnya, stesen televisyen hanya melahirkan pendakwah selebriti yang tidak menghayati nilai agama,” ujarnya.

Kata beliau, stesen televisyen perlu mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam konteks pencarian bakat-bakat muda malah kesemua mereka perlu disaring untuk menentukan siapa yang benar-benar layak dan mendapat kepercayaan daripada masyarakat

Leave a Reply