Tunjuk jari tengah : Speaker sedia lihat ‘bukti jelas’ video pembangkang

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menyatakan kesediaan melihat bukti video pembangkang untuk memastikan sama ada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin menunjukkan jari tengah pada sidang dewan semalam.

Setakat ini Azhar telah melihat video tular dan kamera litar tertutup (CCTV) Dewan Rakyat. Beliau berkata visual berkenaan tidak membuktikan dakwaan pembangkang bahawa Willie menunjukkan isyarat lucah itu.

“Jujurnya saya tak nampak apa terjadi.

“Kemudian saya telah lihat video tular itu malah secara perlahan juga saya lihat dan tidak dapat pastikan ia benar berlaku atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat.



Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) memberitahu dewan, beliau mempunyai, “bukti jelas” video menunjukkan ‘kesalahan’ Willie itu.

Azhar meminta Khoo untuk berjumpa dengannya dan menunjukkan rakaman itu.

“Kota Melaka sila datang pejabat saya,” katanya.

Azhar juga berkata mana-mana pihak tidak berpuas hati mengenai isu itu boleh menfailkan usul di Dewan Rakyat.



Semalam, Willie menafikan beliau menunjukkan jari tengah di Dewan Rakyat sebelum pengundian belah bahagi peruntukan untuk kementeriannya bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa. FMT

Pembangkang dakwa Timbalan Menteri menunjuk jari tengah kepada mereka



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker