Saya tak pernah masuk, macam mana nak balik kepada UMNO – Wan Fayhsal

Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hairan terhadap kenyataan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki apabila mahu supaya ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk presidennya kembali bermuafakat di bawah pangkuan UMNO.

Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) itu berkata, anak muda berusia 35 tahun ke bawah yang menyertai sayap dalam Bersatu bukanlah berasal daripada UMNO.

“Bila Datuk Asyraf Wajdi tanya untuk balik ke UMNO, saya pelik sikitlah sebab keanggotaan ahli Armada kami tak pernah jadi ahli UMNO pun dulu, saya tak pernah masuk UMNO pun…Jadi macam mana kami nak balik kepada UMNO?

“Armada ataupun Bersatu adalah parti pertama pilihan anak muda yang ada dalam Armada ketika ini…Kita akan terus mempertahankan parti dan sayap kami dan membantu Tan Sri Muhyidin Yassin membina negara dalam kerajaan Perikatan Nasional bersama-sama dengan rakan-rakan kita Barisan Nasioal, GPS dan GRS di Sabah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.



Sebelum ini Asyraf yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen berbayar menyatakan agar Muhyiddin dan semua ahli parti itu kembali bermuafakat dan bersatu di bawah UMNO.

Pandangan itu dilontarkan oleh beliau selepas melihat, dasar, orientasi, pendekatan dan ideologi kedua-dua parti tiada bezanya kerana berasal dari ‘rahim’ yang sama.

Menurut beliau, jika dilihat kembali kepada objektif awal Bersatu ditubuhkan, ia lebih merujuk kepada rasa tidak puas hati dan marah kepada individu dalam kepimpinan UMNO. Mge

Nota :Alhamdulillah tiada dna Umno. Patut pun.



Wan Fayhsal timbalan menteri yang tiada kualiti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker