Perikatan Nasional idea Mahathir

BANG, ADA YANG KATA PERIKATAN NASIONAL TU IDEA MAHATHIR.

Aku tak terkejut. Apabila Azmin Ali mengekori Muhyiddin, aku sudah dapat rasa. I can smell it.

Malangnya kita lihat ada Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang sudah menyedarinya namun mulut mereka sudah dikunci demi menjaga periuk nasi sendiri. Yang lebih menyedihkan ialah apabila ada MP yang lebih senior dan veteran hanya berdiam diri.

APA KAITANNYA DENGAN AZMIN?



Kita harus sedar bahawa Azmin adalah belaan Mahathir. Mahathir menggunakan Azmin memecahkan PKR kepada dua. Mahathir menggunakan Azmin menggagalkan perancangan Anwar untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Malahan Langkah Sheraton itu juga adalah perancangan Mahathir melalui Azmin.

Azmin mengekori Muhyiddin dan kemudiannya menyertai PPBM adalah juga percaturan Mahathir, supaya Azmin mudah memantau gerak-geri Muhyiddin. Azmin dilantik menteri kanan paling kanan juga atas kehendak Mahathir.

Kini Mahathir menugaskan Azmin memecah belahkan hubungan baik antara UMNO dan PAS. Tidak terkejut pun jika penubuhan Perikatan Nasional atau PN itu adalah idea Mahathir kerana PN sudah pun berjaya memutuskan hubungan UMNO/PAS.

MENGAPA BEGITU?



Musuh nombor satu Mahathir ialah DS Najib. Mahathir tahu pengaruh Najib dalam UMNO masih kuat. Azmin ditugaskan untuk melumpuhkan UMNO. Sebenarnya Mahathir tidak begitu yakin dengan Muhyiddin. Mahathir tahu Muhyiddin sentiasa mencari ruang dan peluang menangguk di air keruh. Muhyiddin pernah ‘menikam’ Tun Abdulah Badawi dan DS Najib.

KENAPA MAHATHIR MAHU MELUMPUHKAN UMNO?

Kekuatan Najib ada pada UMNO. UMNO menjadi kembali kuat pun kerana kebangkitan Najib. Mahathir sangat tidak menyenanginya. Beberapa hari selepas berlakunya ikatan antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional, Mahathir menganjurkan Himpunan Kongres Maruah Melayu. Beliau berhasrat menggabungkan UMNO, PAS dan PPBM dan diterajui oleh dirinya. Beliau berharap Kongres itu mampu menenggelamkan MN, tapi ianya tidak berlaku. Malah Kongres itu dianggap gagal dan diejek rakyat. Rakyat sudah cukup senang dengan Piagam MN yang dimeteri.

MENGAPA MAHATHIR SANGAT MENDENDAMI NAJIB?



Mahathir pernah mengakui bahawa segala pertuduhan terhadab Najib adalah fitnah. Tuduhan-tuduhan itu disengajakan kerana ketika Najib menjadi Perdana Menteri, Najib kurang melayani permintaan-permintaan Mahathir. Ianya berbentuk projek-projek mega kerajaan yang Mahathir mahu Najib serahkan pada para kroni dan anak-anaknya. Malangnya Najib tidak melayaninya. Malahan ada beberapa projek ketika di bawah Mahathir dahulu diambil-alih oleh kerajaan di bawah Najib. Atas dasar dendam dan mahukan kuasa PM, Mahathir berusaha menjatuhkan Najib dengan cara menfitnah terhadap Najib. Isu IMDB dan SRC digembar-gemburkan sebagai satu penyelewengan.

KENAPA AZMIN SANGGUP MENJADI ORANG SURUHAN MAHATHIR?

Dua sebab. Pertama, Mahathir menjanjikan kepada Azmin jawatan Perdana Menteri. Jika PPBM berjaya membolot lebih separuh kerusi UMNO dalam PRU15 nanti, Mahathir akan mengangkat Azmin sebagai TPM. Diketika itu UMNO sudah hilang suara dan lemah.

Kedua, jika Azmin menolak arahan Mahathir, Mahathir akan mengheret Azmin ke mahkamah atas dakwaan penyelewengan dan hubungan seksual luar tabi’i.



APAKAH NANTI MUHYIDDIN TETAP SEBAGAI PM?

TIDAK. Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, Muhyiddin tidak boleh dipercayai. Jika PPBM menang dan masih menerajui kerajaan, Mahathir dan partinya PEJUANG akan menyokong kerajaan yang menang. 3-4 kerusi yang dimenangi PEJUANG penting bagi kerajaan. Azmin akan membentang karpet merah kepada Mahathir menyertai kerajaan. Ketika itu file Muhyiddin pula Mahathir buka. Muhyiddin berada lama di bawah Mahathir. Semua penyelewengan Muhyiddin ada dalam genggaman Mahathir. Dan di ketika itu, dalam Bersatu akan terbentuk team Azmin untuk menjatuhkan Muhyiddin dan mengangkat Mahathir sebagai PM. Jawatan PM itu kemudiannya bakal diserahkan kepada Azmin dan Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi TPM.

JADI APA YANG PERLU UMNO LAKUKAN?

MUDAH. Pertama, jangan sesekali bekerjasama dengan PPBM dalam PRU15 nanti. Jika UMNO masih mahu bekerjasama, UMNO akan menjadi lemah dan hilang banyak kerusi. Tidak mustahil juga UMNO bakal gulung tikar dan diharamkan setelah PRU15.



Kedua, UMNO harus terus meyakinkan PAS bahawa MN adalah jalan terbaik dalam menghadapi PRU nanti.

Ketiga, jika PAS memilih untuk bersama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional, BN perlu yakin untuk bersendirian. Mungkin ramai yang berkata bahawa BN akan terus sebagai pembangkang jika bersendirian andai kita jadikan keputusan PRU14 sebagai penunjuk.

Saya tidak setuju. Scenario politik ketika PRU14 dan sekarang sudah jauh berubah. Rakyat sudah menolak PH. Rakyat juga kini kembali menyenangi DS Najib. Mereka merindui zaman Najib. Rakyat tidak meyakini PPBM. keahlian PPBM sangat sedikit dan jentera mereka sangat lemah. Imej PPBM juga jadi jelek kerana menerima Azmin yang dianggap pengamal seks luar tabi’i.

Kesimpulannya, UMNO perlu yakin bahawa UMNO tidak lemah. Sekali tewas bukan bermakna tewas selama-lamanya. Rakyat mahukan kerajaan BN kembali berdiri dan memimpin negara. Kepimpinan UMNO terutamanya Presiden UMNO tidak perlu takut untuk lebih tegas agar tiada pemimpin yang menjadi penumpang dan pembelot dalam UMNO. Para pemimpin UMNO di semua peringkat perlu bekerja keras dan mendekati rakyat.



Kali ini UMNO berpeluang untuk membuktikan bahawa TSUNAMI BN mampu menenggelamkan parti-parti lain.

RAJA ANNUAR ADNAN

https://mykmu.net/2018/01/29/mahathir-mudah-lupa/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker