Pak Long Mail Tampil Perjelas Dakwaan Langgar SOP Di Melaka

PUTRAJAYA – Selepas menerima kecaman hebat netizen di media sosial, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya tampil menepis dakwaan kononnya beliau tidak menjaga jarak fizikal pada lawatan rasminya ke Melaka, Sabtu lalu.

Ismail Sabri yang dikenali netizen sebagai Pak Long Mail berkata, dakwaan itu fitnah semata-mata dan tidak seperti digambarkan menerusi gambar yang tular berkenaan.

“Beberapa gambar menjadi bahan fitnah terhadap saya dan Ketua Menteri Melaka serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka sewaktu saya melakukan lawatan kerja ke negeri itu Sabtu lalu.



“Kononnya tiada penjarakan sosial antara kami,” katanya menerusi laman Facebook malam tadi.
Ismail Sabri berkata, gambar yang tular itu menunjukkan kedudukan beliau dan kenamaan lain seolah-olah tiada penjarakan fizikal sedangkan ia tidak seperti digambarkan.

Beliau berdoa semoga Allah SWT membukakan hati-hati individu tidak bertanggungjawab yang melakukan fitnah berkenaan.

“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan. Namun inilah gambar sebenarnya.

“Semoga Allah SWT membuka hati-hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini,” katanya.



Beberapa portal berita termasuk pihak pembangkang mula mensensasikan isu berkenaan sejak semalam kononnya Pak Long Mail ‘melanggar’ prosedur operasi standard (SOP).

Berdasarkan dua gambar yang tular itu, Ismail Sabri dikatakan tidak melakukan penjarakan fizikal sekali gus menimbulkan pelbagai persepsi netizen.

Mereka mendakwa nasihat dan tanda pagar #jagakita yang sering dilaung-laungkan Menteri Pertahanan akhirnya memakan diri sendiri. – K! ONLINE

‘Abah’ umum berita gembira, ‘Pak Long Mail’ pula beri sekatan – Ismail Sabri komen reaksi netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker