Dipanggil budak, Syed Saddiq tidak akan label Tajuddin orang tua

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan sikap hormatnya kepada ahli Parlimen yang lebih tua walaupun selepas digelar sebagai ‘budak’.

Syed Saddiq tidak mahu melabelkan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ‘orang tua’ walaupun dia digelar sebagai budak ketika sesi penggulungan belanjawan peringkat jawatankuasa Kementerian Perladangan, Komoditi dan Industri hari ini.

“Saya tidak berniat untuk berdebat isu berkenaan budak atau tidak. Cuma saya tekankan dalam dewan ini kita semua wakil rakyat. Tidak pernah sekali saya terfikir untuk melabel YB Pasir Salak sebagai orang tua,” kata Syed Saddiq.

Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin memanggil Syed Saddiq sebagai budak selepas bekas menteri belia dan sukan itu kecewa Timbalan Menteri Perladangan, Komoditi dan Industri Willie anak Mongin tidak memberinya laluan untuk berbahas. Sebaliknya Willie memberi laluan kepada Tajuddin.

Syed Saddiq: Saya dah lama tunggu YB.

Tajuddin: Budak-budak duduk dulu (ketawa)

Syed Saddiq: Cucu yang berhormat tengah lihat tau. Jangan sampai nanti…

Tajuddin: Belajar banyak lagi. Banyak lagi belum belajar.

Syed Saddiq: Orang tak akan lupa yang berhormat

Tajuddin: Duduklah…

Syed Saddiq: Orang takkan lupa.

Tajuddin: Duduklah you wasting your time, my time.

Tindakan Tajuddin itu menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Beliau kemudian bangun untuk menyampaikan bantahan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Hannah: Tuan Speaker Peraturan tetap 36(4) Pasir Salak panggil Muar budak, saya rasa

Tajuddin: Sudahlah tak ada modal lain ke.

Hannah: Tuan Speakar boleh saya jelaskan, saya ingin jelaskan…

Tajuddin: Saya 72, berapa umur dia?

Hannah: Tuan Speaker. Ini bukan kali pertama…

Azhar: Saya nak nasihatkan, kita berbudi pekertilah..

Hannah: Tuan Speaker let me explain…

Azhar: Silakan menteri habiskan. Saya dengar cukuplah.

Kemudian Ahli Parlimen Puchong Gobing Singh Deo bangun untuk meminta Azhar membuat peraturan.

“Saya rasa itu cuma satu jenaka. Tidak ada malafide pun. Tolong itu ruling saya,” jelas Azhar.-SM

Bersatu jika mahu menang, Tajuddin beritahu Umno sebelum Anwar ke Istana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker