Bersatu jika mahu menang, Tajuddin beritahu Umno sebelum Anwar ke Istana

Share

Ketika Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merancang bertemu Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, seorang veteran Umno mnyeru partinya merapatkan barisan untuk berdepan pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, berkata walau apa pun rancangan Anwar, “kita mesti kuatkan parti” untuk menang Pilihan Raya Umum ke-15. “Itu mestilah agenda kita”.

Beliau enggan mengulas spekulasi beberapa ahli Umno menyokong Anwar.

Anwar pada 23 Sept mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baharu, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.

Presiden Umno, Zahid Hamidi, dilapor berkata Umno tidak dapat menghalang ahli Parlimen menyokong Anwar.

Tajuddin berkata Umno hanya boleh menang jika ahli bersatu dan bekerjasama untuk menghasilkan strategi kemenangan.

Beliau berkata sudah masanya ahli saling menuding jari atas kekurangan yang menyebabkan parti Melayu itu tewas pada pilihan raya umum 2018.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, menepis dakwaan Anwar, mengatakan beliau perlu melihat buktinya dan enggan mengulas dakwaan yang mungkin tidak benar.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, juga tidak mahu mengulas pertemuan Anwar dengan Agong, mengatakan Agong berhak terima menghadap sesiapa sahaja.

Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid, bagaimanapun berkata Anwar mempunyai “angka secukupnya untuk membentuk kerajaan”.

Pemimpin PKR itu meminta pentadbiran semasa menghormati Perlembagaan yang menetapkan kerajaan mesti ditadbir parti atau gabungan yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Anwar akan memaklumkan butiran lanjut mengenai sokongan yang diperolehinya selepas bertemu Agong.

Presiden PKR itu juga mengumumkan: “Pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh”. FMT

Malaysia bukan Tanah Melayu’ – Presiden UPKO bidas Tajuddin

Leave a Reply