Warga Nigeria bunuh cucu: Polis siasat dakwaan suspek terbabit ajaran sesat
Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri di Setapak didapati mengalami masalah mental.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, ia berdasarkan keterangan dari keluarga dan rakan suspek.
“Suspek ada mengambil ubat berhubung sakit yang dialami. Difahamkan dia ada sedikit sakit mental dan mengambil ubat.
“Namun polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Saiful Azly berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
“Setakat ini isteri suspek dan dua anak tirinya masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala proses bedah siasat terhadap mangsa yang berusia empat tahun masih dijalankan.
“Polis juga kini sedang menyiasat dakwaan suspek terbabit dengan ajaran sesat atau tidak,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan.
Semalam Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak maut selepas dicampak oleh datuk tirinya yang juga warga Nigeria dari tingkat tiga sebuah apartmen di Setapak.
Kejadian pada jam 8 pagi itu mengakibatkan Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, 4, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.
Mangsa ditemui berlumuran darah dengan tidak berseluar sebelum disusuli dengan tindakan suspek terjun dari tingkat yang sama dalam keadaan berbogel.
Selain mangsa, tiga lagi ahli keluarga termasuk ibu, kakak dan abangnya turut cedera dalam kejadian itu. HM
[VIDEO] Warga Nigeria Cuba Rogol Anak Tiri, Cucu Tiri Pula Mati Dicampak Dari Aparment
You must be logged in to post a comment.