Satu Lagi Laporan Terhadap Pendakwah Muda Diterima

PETALING JAYA – Polis Petaling Jaya menerima satu laporan berhubung kejadian amang seksual melibatkan seorang pendakwah muda yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes rogol yang kini sedang dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asistan Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, laporan diterima daripada seorang wanita tempatan berusia 22 tahun kira-kira pukul 3.50 petang semalam.

“Wanita tersebut yang juga merupakan seorang pelajar di sebuah kolej tempatan mendakwa telah dicabul oleh suspek yang berusia 25 tahun ketika berada di rumah lelaki tersebut.

“Mangsa mendakwa telah pergi ke rumah suspek di Damansara Perdana selepas dipelawa pada 17 Oktober lalu kira-kira pukul 1 pagi untuk belajar ilmu pemasaran perniagaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nik Ezanee, semasa di rumah suspek, mangsa mendakwa telah dicabul oleh lelaki tersebut dan dipaksa melakukan seks oral.

“Susulan kejadian tersebut, mangsa telah mengalami trauma dan kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” jelas beliau.

Terdahulu, seorang pendakwah muda ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung satu kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Suspek sebelum itu ditahan kira-kira pukul 11 malam pada Khamis selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. – K! ONLINE

Pemandu teksi didakwa amang seksual fizikal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker