Kerajaan tidak benar pekerja kilang dikuarantin kembali bekerja

sharethis sharing button
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM tidak akan menimbangkan cadangan membenarkan pekerja kilang yang tidak menunjukkan gejala Covid-19, tetapi menjalani perintah kuarantin kembali bekerja.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan pekerja kilang yang tidak bergejala, tetapi menjalani kuarantin untuk kembali bekerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ini kerana masih ada kemungkinan mereka positif Covid-19 dalam tempoh inkubasi 14 hari.

“Sekiranya mereka kembali bekerja, mereka juga boleh menjangkiti seluruh kilang,” katanya.

“Kami tidak akan membiarkan mereka bekerja selama tempoh kuarantin,” katanya.

Beliau berkata, KKM mengambil pengajaran daripada kes kluster Sivagangga, di mana kes indeksnya, yang merupakan pemilik restoran, melanggar peraturan kuarantin dan menjangkiti orang lain di premisnya.

Noor Hisham juga berkata, usaha mendapatkan lebih banyak vaksin Covid-19 pada masa ini membabitkan rundingan awal dengan 10 syarikat pengeluar.

“Ada kemungkinan besar salah satu daripada mereka akan mengeluarkan laporan mengenai ujian klinikal fasa tiga minggu depan.

“Kami masih menunggu, tetapi yang paling penting vaksin mesti didaftarkan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker