[VIDEO] Diva AA Menangis Ketika Ditanya Mengenai Ziana Zain

Sebaran :

Pengacara sensasi Azwan Hj Ali,54 atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengejutkan ramai peminat kerana mengalirkan air mata setelah gagal menahan sebak ketika ditanya mengenai hubungan istimewanya suatu ketika dahulu bersama penyanyi Ziana Zain. 

Dalam sesi perbualan tersebut, Ziana turut menegaskan orang lain tidak akan mengenali Azwan yang digelarkannya sebagai Diknon seperti mana dia mengenali pengacara itu

Azwan Sebak

Dalam program realiti Lagu Cinta Kita musim kedua itu, Azwan sekali lagi dijemput menjadi pengacara bersama dengan Elly Mazlein selain turut menjemput dua lagi selebriti iaitu Zara Zya dan Ziana sendiri. Emosi Azwan secara tiba-tiba bertukar menjadi sebak apabila mengenangkan kembali persahabatan mereka yang sudah sekian lama.

“Ziana saya kenal dah lama. Saya harap jangan hakimi kami. Jadi saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal,” kata Azwan sebak

Ziana Mengalirkan Air Mata

Dalam pada itu Ziana turut kelihatan sebak dan mengalirkan air mata apabila Azwan membuat pendedahan tersebut apatah lagi akui sudah lama tidak bertemu kedua ibubapa pelantun Putus Terpaksa itu.



“Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” dedah Azwan

Dalam sesi perbualan tersebut, Ziana turut menegaskan orang lain tidak akan mengenali Azwan yang digelarkannya sebagai Diknon seperti mana dia mengenali pengacara itu.

“Orang kalau tak kenal diknon, mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat”

“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza, kena faham itu” dedah Ziana pula

Terdahulu, ketika pembabitan awal Azwan dalam industri hiburan, pengacara ini dikhabarkan pernah menaruh perasaan terhadap Ziana namun cintanya itu tidak kesampaian

Potongan rakaman Azwan Ali ‘di friendzone’ telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon daripada netizen selepas seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Azraazni memuat naik video tersebut.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=wVxA32zLV2I[/embedyt]

 

Berpuluh tahun tetap kena reject haaha

 

“Bila Diva AA menangis aku rasa real sangat”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan memuji hubungan persahabatan mereka yang sangat setia.

Mereka juga berasa terharu melihat Azwan Ali menitiskan air mata demi sahabat yang sudah berpuluh tahun dikenalinya.

Sahabat dan kawan tu dua pengertian berbeza

Ni baru betul sahabat sejati

Sumber: TV3Azraazni

Kredit: OMM , Murai


Sebaran :

Leave a Reply