Ringgit ditutup rendah hari terakhir November

 

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri hari terakhir dagangan November dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susut daripada peningkatan pagi ini berikutan sentimen itu dipengaruhi oleh peningkatan kes COVID-19, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0730/0750 berbanding dolar AS daripada paras 4.0670/0710 ketika ditutup Jumaat lalu.



Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata jumlah kes COVID-19 di negara ini sentiasa menjadi kebimbangan serta-merta berikutan ia akan mengehadkan banyak prospek pertumbuhan yang terdekat.

“Namun, saya berpendapat perkara yang terbesar ialah ketidakpastian mengenai mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan memberi kesan kepada minyak berikutan pasaran telah menjangkakan 100 peratus bahawa OPEC akan melanjutkan kuota semasa, namun, wujud sedikit kebimbangan dalam usaha itu,” katanya.

Arab Saudi dan Russia dilaporkan berusaha menggalakkan pengeluar minyak untuk melanjutkan pengurangan kuota, namun Iraq, Nigeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mahu meningkatkan pengeluaran minyak.

Penanda aras minyak mentah Brent merosot 1.89 peratus kepada AS$47.27 setong setakat ini.



Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding yen kepada 3.9148/9171 daripada 3.9083/9133 semasa ditutup Jumaat lalu, susut berbanding euro kepada 4.8807/8843 daripada 4.8479/8543, dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0455/0486 daripada 3.0380/0420 sebelum ini.

Bagaimanapun, berbanding pound Britain, unit tempatan meningkat kepada 5.4277/4308 daripada 5.4319/4389 pada Jumaat lalu.

-BERNAMA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker