Nak Bersama PPBM PRU15 Ini Atau Tidak?
oleh Zam Yahaya
Kalau Kita Sebut UMNO Buat Keputusan Ertinya Itu Keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dan Kalau UMNO Akhirnya Membuat Keputusan Untuk Bersama Dengan PPBM Ertinya Itu Keputusan Ahli Majlis Tertinggi.
Barang diingat, bukan ahli dan akar umbi yang membuat keputusan tapi mereka yang dipilih oleh perwakilan UMNO yang terdiri dari wakil cawangan2 UMNO seluruh negara. Ahli biasa yang tak boleh mengundi dalam PAU hanya boleh memekak di sosial media sahajalah.
Apabila setiap Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan bagi pihak Ahli UMNO, apakah yang menjadi asas keputusan tersebut atau elemen yang akan mempengaruhi keputusann tersebut?
1. Kepentingan parti. Ini adalah asas utama membuat sebarang keputusan.
2. Kepentingan diri. Ahli Majlis Tertinggi juga adalah seorang manusia dan Sentiasa terdedah kepada cabaran membuat keputusan untuk kepentingan diri dari parti.
Apakah faktor2 yang akan menyebabkan mereka mungkin membuat keputusan yang lebih mementingkan diri mereka? Ada 2 faktor:
a) Godaan habuan dari mereka yang mahu mempengaruhi keputusan tersebut dan faktor ini mungkin datang dari luar UMNO mahupun dari dalam UMNO itu sendiri.
i. Faktor dalaman biasanya datang dari kalangan pemimpin2 UMNO dalam Majlis Tertinggi itu sendiri untuk menyebelahi keputusan yang dibuat oleh pemimpin2 tertentu dengan sebab sebab tertentu yang bukan atas dasar kepentingan parti. Ia mungkin bersifat kepentingan material atau kuasa. Sogokan yang diberi juga mungkin bersifat material ataupun kuasa.
ii. Faktor luaran mungkin datang dari musuh atau pesaing UMNO seperti PPBM. Sogokan yang diberikan juga mungkin bersifat material atau kuasa.
b) Beban atau “Bagage”
Beban atau baggage ini bermaksud Ahli Majlis Tertinggi yang ada kes undang2 yang sedang disiasat oleh pihak kerajaan yang mana menterinya adalah musuh/pesaing UMNO atau AMT yang telah dikaitkan dengan banyak scandal salahguna kuasa mahupun skandal peribadi.
Apakah sogokan material? Ianya merupakan sogokan wang atau projek kerajaan dari mereka yang berjawatan menteri yang mana kementeriannya mendapat peruntukan yang besar dalam belanjawan. Hanya mereka yang banyak wang sahaja boleh memberikan sogokan wang manakala yang tak ada wang akan menyogok dengan menggunakan kuasa mereka sebagai menteri untuk menganugerahkan projek2 kerajaan yang lumayan.
Sogokan kuasa pula ialah berupa jawatan dalam UMNO yakni kau sokong keputusan aku maka aku akan sokong kau semasa PAU nanti. Kau tutup mulut pun aku sokong kau. Sogokan kuasa juga boleh berupa jawatan dalam kerajaan.
Soalnya, siapa yang lebih terdedah kepada faktor sogokan material? Sudah tentulah mereka yang lebih memerlukan wang! Tapi yang sudah ada wang pun mungkin nak buat lebih wang!
Siapa yang lebih terdedah kepada faktor kuasa? Sudah tentu mereka yang nak bertanding jawatan dalam UMNO atau nak jawatan dalam kerajaan tapi tak cukup wang nak beli sokongan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebelum PRU14 yang hampir kesemua mereka ada banyak wang sebab kalau tak ada banyak wang, jangan haraplah nak menang jawatan Ahli Majlis Tertinggi.
Tapi PAU selepas PRU14 meyaksikan ramai Ahli Majlis Tertinggi berjaya memenangi jawatan tanpa perlu guna wang sebab ramai yang banyak wang tak bertanding. Buat apa nak bertanding, UMNO bukan lagi kerajaan dan tak ada hasil sebab tak dapat jadi menteri dan tak boleh minta projek dari menteri.
Bukan sahaja diperingkat AMT malah diperingkat Bahagian UMNO pun ramai yang banyak wang tak bertanding. Buat apa nak jadi Ketua Bahagian, kos nak maintain tinggi tapi sumber kewangan tak ada sebab bukan lagi kerajaan maka tak boleh minta wang atau projek dari kerajaan. Ada yang bukan sahaja tidak bertanding tapi sokongan pun dah bagi pada pemimpin PPBM walaupun masih ahli UMNO!
Kalau dah faham persoalan diatas maka persoalan seterusnya siapakah musuh atau pesaing UMNO dalam PPBM yang ada banyak wang dan ada banyak kuasa serta kementeriannya dapat banyak peruntukan?
Sudah tentu Muhiyiddin Yassin, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin. Tapi ada juga mereka yang bukan ada jawatan dalam UMNO tapi masih banyak wang! Siapa mereka? Mereka adalah orang seperti H2O lah!
Mana lebih baik, orang yang kena pecat macam Lokman Adam yang tak terdedah kepada kepentingan material dan kuasa dan material atau mereka yang masih dalam UMNO tapi condong atau sangat terdedah kepada faktor 2 yakni kepentingan diri?
Sebab Itulah walaupun Lembaga Disiplin UMNO telah mencadangkan supaya pemecatan Lokman Adam dibatalkan supaya beliau boleh menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO semula, ianya mendapat tentangan dari ramai Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sendiri!
Jadi dah boleh agak dah siapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mudah kena jual dan siapa yang mampu membelinya?
Sebab tu saya sangat jelak dan kadang2 loya tekak bila dengar orang selalu sebut kita kena AKUR pada keputusan Majlis Tertinggi UMNO!
Memang kita patut fokus kepada serang pihak pembangkang namun kalau kita nak menang PRU, kita kena bersihkan parti kita dulu. Monitor siapa yang dapat apa dan dari siapa!
Memang benar mereka dalam AMT tu kita yang pilih tapi kalau mereka meletakkan diri mereka dalam situasi terdedah kepada konflik kepentingan atau conflict of interest maka macam mana2 Ahli Lembaga Pengarah Syarikat, mereka tidak berhak untuk mengundi dalam keputusan yang akan dibuat dalam mesuarat Ahli Lembaga Pengarah.
UMNO juga harus ada guideline menyerupai Corporate Governance ini.
Kesimpulannya, tidak semua keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi itu kita kena akur kerana pada pendapat saya ramai Ahli Majlis Tertinggi UMNO amat terdedah kepada faktor faktor yang saya sebutkan diatas dan oleh itu saya rasa akhirnya UMNO akan bekerjasama juga dengan PPBM untuk PRU15 ni!
Kecewa kan kalau macam tu?
I hope I Am Wrong sebab saya lansung tak ada selera nak makan kalau pendapat saya ini betul. Kalau kesimpulan saya ini salah, saya buat kenduri kesyukuran. Insyaallah.
You must be logged in to post a comment.