Muhyiddin perlu mandat baru menerusi PRU-15 – Tok Mat

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu mendapatkan mandat baaru daripada rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Justeru, katanya, dia menyokong hasrat Muhyiddin supaya PRU-15 diadakan sebaik sahaja penularan wabak Covid-19 berakhir yang disifatkannya sebagai tepat.

“Majoriti tipis yang ada pada kerajaan PN sekarang menyebabkan ia sering dipersoalkan dan keadaan itu tidak berapa baik.

“Oleh itu, mandat baharu daripada rakyat itu penting kerana rakyat mahu lihat supaya kerajaan mesti kerajaan yang mempunyai mandat yang kuat.

“Rakyat sedar, bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tidak akan mendatangkan kebaikan, justeru hasrat yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik kerana untuk mendapat mandat daripada rakyat, bukan atas desakan mana-mana pihak,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, kerajaan berhasrat untuk mengadakan PRU-15 sebaik sahaja penularan pandemik Covid-19 di negara ini berakhir.

Dia berkata, kerajaan pimpinannya akan menyerahkan semula mandat kepada rakyat bila tiba masanya untuk berbuat demikian.

Dalam pengundian secara belah bahagi, Dewan Rakyat hari ini berjaya meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa perbelanjaan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Namun kelebihan undi berkenaan tidak sebesar mana yang menunjukkan kerajaan PN hari ini adalah goyah. Hasil pengundian menyaksikan 105 menyokong dan 95 menentang, manakala 20 ahli parlimen tidak hadir.

Mereka yang tidak hadir di bangku kerajaan semasa pengundian kira-kira jam 2 petang hari ini adalah termasuk bekas perdana menteri Najib Razak (BN-Pekan), Presiden Umno, Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang). Mk

Undi Percaya juga mandat rakyat, Muhyiddin tidak perlu tunggu PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker