Undi Percaya juga mandat rakyat, Muhyiddin tidak perlu tunggu PRU-15

Terkini di My KMU !!!!---->

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak perlu menunggu wabak Covid-19 berakhir dan mengadakan PRU untuk mengembalikan mandat kepada rakyat kerana ia boleh dilakukan menerusi undi percaya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

Hassan berkata usul undi percaya mahupun tidak percaya sudah pun ada dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat esok.

“Tetapi urutannya berada jauh di bawah,”

Katanya, berdasarkan konvensyen demokrasi berparlimen Komanwel yang memiliki persamaan dengan sistem parlimen Westminster, usul undi percaya dan tidak percaya – sama ada dibawa pembangkang mahupun ahli Parlimen kerajaan – hendaklah dianggap sebagai urusan.

“(Ia juga perlu) dijadikan keutamaan sebagai agenda pertama sidang kerana usul sedemikian berkaitan dengan status dan keabsahan perdana menteri serta kerajaan yang memerintah,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu berkata tidak perlu untuk menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat agar PRU15 boleh diadakan.

Kerajaan hari ini tidak sah, tegas Mahathir dan Anwar

 

PH nak dapat mandat rakyat, tanding PRK pun tak berani – Uncle Kentang

Muhyiddin berkata dia memang berhasrat untuk mengadakan pilihan raya tetapi tergendala susulan penularan wabak Covid-19.

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik Covid-19 berakhir, kita adakanlah PRU. Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,” katanya.

Mengulas kenyataan itu, Hassan seperti dipetik portal Free Malaysia Today berkata Muhyiddin cuba mengelak isu utama, iaitu keabsahan pentadbirannya.

Katanya lagi, berbanding PRU yang membabitkan jutaan rakyat, usul undi tidak percaya hanya membabitkan lebih 200 ahli Parlimen.

“PRU dalam keadaan sekarang tak sesuai, Covid tak tahu bila akan pulih. Tak perlu terburu-buru untuk adakan PRU. Isu sekarang adalah usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen PH dan Pejuang,” katanya.

Katanya lagi, pembangkang tidak mahu menggunakan Belanjawan 2021 untuk mengukur tahap sokongan Muhyiddin tetapi tiada pilihan lain jika usul undi tidak percaya “tidak dihormati”.

“Tetapi Muhyiddin kena selesailah isu undi tak percaya terhadap beliau. Jika dia tak mahu (melalui) undi tidak percaya, beliau perlu pilih undi percaya. Jika dia menang dalam undi percaya atau tidak percaya, dia ada cukup bilangan (maka) kerajaan dia sah dan tiada lagi berlarutan isu belanjawan untuk jatuhkan beliau,” katanya lagi seperti dipetik.

Leave a Reply