Mayat lelaki bertatu ditemui reput dalam sungai
KULIM: Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui di dalam Sungai Muda berhampiran Kampung Lesong 7, Padang Serai, hari ini.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui seorang nelayan yang memukat ikan di kawasan berkenaan pada jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pada mulanya nelayan terbabit terhidu bau busuk dan menyangka ia datang dari bangkai seekor biawak.
“Bagaimanapun, selepas diperiksa, nelayan itu mendapati ia adalah mayat manusia yang sudah tinggal rangka tersangkut pada ranting pokok di dalam sungai berkenaan.
“Nelayan terbabit kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat yang sudah reput berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mayat dikeluarkan pada jam 2.35 petang.
Katanya, hasil siasatan polis menemui tatu di lengan kanan dan tali berwarna merah di tangan kiri.
Katanya, wajah lelaki berkenaan yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari tidak dapat dikenal pasti akibat keseluruhan tubuhnya yang reput.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi menyiasat sama ada kematiannya mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya. Awani
Ibu terkejut jumpa mayat anak di rumah selepas lebih dua hari
You must be logged in to post a comment.