Ibu terkejut jumpa mayat anak di rumah selepas lebih dua hari

Share

RAWANG: Seorang ibu yang berkunjung ke rumah anaknya malam tadi terkejut apabila menemui anaknya itu dalam keadaan tidak bernyawa, dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari.

Ibu tersebut menemui mayat mangsa kira kira jam 8 malam ketika dia dan anak saudaranya mahu menghantar bekalan makanan kepada mangsa.

Mangsa, 57 tahun, tinggal di sebuah rumah teres dekat Bandar Tasik Puteri di sini.

Kedua-dua mereka yang masuk ke rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua mendapati mangsa di kerusi berhampiran bilik yang terletak di tingkat atas.

Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan jenayah.

Mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih 48 jam.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Awani

Leave a Reply