Hukuman Menjijikkan Cabul Gadis
New Delhi: Padah mencabul seorang gadis bawah umur, seorang lelaki di Dholpur, Rajasthan dipaksa makan najis manusia.
Bukan saja itu, suspek turut dipukul ahli keluarga mangsa yang berang dengan tindakan suspek memasuki rumah gadis itu.
Video menjijikkan yang menunjukkan suspek dipukul dan dipaksa makan najis turut tular di media sosial.
“Dia ditangkap ahli keluarga gadis itu sebelum dipukul.
“Mereka juga memaksanya makan najis,” kata polis Baseri, Bane Singh.
Polis berkata, dua laporan polis diterima berkaitan cabul dan penganiayaan terhadap suspek, Jumaat lalu.
“Suspek ditahan kerana cabul manakala tujuh yang lain ditahan kerana memukul lelaki itu,” katanya.-HM