Along rekrut pemuda, upah RM300 sekali simbah cat

Rekrut pemuda sebagai penyimbah cat dengan upah lumayan RM300 melalui iklan di laman sosial.

Itu tawaran diberikan sindiket along untuk satu kerja simbah cat bagi menarik golongan terbabit bersekongkol dalam kegiatan mereka.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas tertangkapnya tiga lelaki berusia 20 hingga 25 tahun yang melakukan kerja simbah cat di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, orang awam yang melihat kehadiran tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Bukit Permata, Selayang di sini, pada Isnin lalu menahan mereka sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan terhadap tiga suspek itu mendapati mereka ditawarkan upah RM300 untuk menyimbah cat di rumah dan kenderaan yang diarahkan ‘majikan’.

“Suspek mendakwa tidak tahu tujuan mereka menyimbah cat itu. Mereka hanya memberi gambar kepada seorang lelaki dikenali sebagai Kelvin sebaik selesai kerja dan dibayar upah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini.

Arifai berkata, hasil penahanan suspek itu polis turut merampas beberapa telefon bimbit, komputer riba dan tong serta botol berisi cat merah dalam dua kenderaan dinaiki tiga suspek terbabit.

Katanya, semakan mendapati sebanyak enam laporan kejadian simbah cat diterima pihaknya sejak awal tahun ini yang dipercayai dilakukan suspek sama.

“Bertindak atas maklumat suspek, polis berjaya mengesan dan menahan Kelvin di rumah sewanya di Kajang pada hari sama.

“Hasil siasatan awal, Kelvin dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada sindiket along,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. HM

Perodua Bezza VEN 7910, simbah air milo pada jurutol wanita.. Ini sebabnya.. [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker