Perodua Bezza VEN 7910, simbah air milo pada jurutol wanita.. Ini sebabnya.. [Video]
Tak ada angin, tak ada ribut, biar apa sekalipun alasan lelaki ini, adalah tidak wajar untuk dia menyimbah air minuman pada jurutol wanita yang hanya menjalankan tugas.
Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Faten berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi Isnin (5/10/2020) di pondok Tol Lebuhraya Kesas.
âCeritanya macam ni. Pukul 7.30 pagi, dia masuk lorong Faten nak minta top up. Faten cakap, âSini Touch n Go sahaja, takde top up. Top up lorong sebelahâ.
âTetapi dia nak juga top up dan dia kata, âSebelum masuk tol saya dah baca signboardâ. Faten suruh dia bayar RM2.00 sahaja tetapi dia masih berkeras, nak juga top up sebab dia kata nak lalu tol depan takde tempat top up.
âSo Faten cakap âKalau encik nak, encik kena parking kereta kat sini, jalan pergi lorong tambah nilaiâ. Dia tak berpuas hati, dia keluar kereta tengok keadaan dalam pondok dan berkata, âBiasa lorong tambah nilai blah hujungâ.
âDia dah top up apa semua, dah jalan, ingatkan sudah settle. Pukul 9.20 pagi dia lalu sekali lagi dengan membawa air milo ais dia tu. Dia minum sambil cakap, âLain kali jangan suka-suka nak kenakan orangâ, terus dia simbah,â kata Faten.
Lelaki yang menaiki kereta Perodua Bezza dengan nombor pendaftaran VEN 7910 itu kemudian beredar meninggalkan mangsa.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu kini viral di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki yang tidak beradab lagi biadab itu.
Sumber â thereporter.my