Kerajaan Menang Undi Belah Bahagi Pertama Bagi Peruntukkan JPM

Ketua Whip PKR Johari Abdul mencadangkan undi belah bahagi, selepas tamatnya perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekurang-kurangnya 15 anggota parlimen lain, jumlah minimum bagi membolehkan proses itu dibuat.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 20 minit untuk proses undian.

Hasil daripada keputusan undian belah bahagi tersebut, sebanyak 105 ahli parlimen kerajaan menyokong peruntukan tersebut dan hanya 95 sahaja daripada pembangkang yang menentang.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bagi.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan RM6.9 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

Undian belah bagi peruntukan buat 5 kementerian di bawah JPM, iaitu Hal Ehwal Undang-undang, Ekonomi, Agama, Sabah dan Sarawak dan Tugas-tugas Khas.

Terdahulu Dewan Rakyat memberi 10 minit untuk ahli Parlimen mengundi bagi RUU itu.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker