Mengapa Lelaki Lebih Sukakan Wanita Bermata Besar?

Menurut beberapa kajian universiti, didapati bahawa lelaki pada amnya lebih tertarik kepada wanita yang memiliki mata yang lebih besar

Daya tarikan mata yang lebih besar nampaknya telah menyebabkan berkembangnya satu trend terutamanya di Asia di mana wanita menggunakan kosmetik dan kanta lekap untuk menghasilkan ilusi mata yang lebih besar.

Malah, ramai yang telah mengubah mata secara kekal melalui pembedahan kosmetik

Mengapa lelaki lebih tertarik kepada mata yang lebih besar?

Terdapat dua sebab yang berbeza bagi persoalan ini.

Yang pertama adalah mata yang lebih besar (termasuk bibir tebal, buah dada besar dan dagu kecil) adalah tanda kepada tahap hormon estrogen yang lebih tinggi.

Wanita yang mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi akan lebih berjaya dan lebih mudah hamil berbanding wanita dengan tahap estrogen yang lebih rendah.

 

Ini bermakna wanita yang memiliki mata yang lebih besar dilihat sebagai”pasangan” yang lebih baik.

Dan sebab kedua adalah saiz mata yang besar adalah satu ciri neotenous.

Ciri Neotenous

Neotenous membawa maksud pengekalan ciri-ciri remaja pada spesies dewasa.

Ciri neotenous adalah satu ciri-ciri muda yang dikongsi oleh bayi dan kanak-kanak, yang merupakan ciri yang dapat menarik pasangan berkualiti dengan”dorongan pelindung dan pengasuhan”.

Pasangan yang mempunyai dorongan pelindung dan pengasuhan lebih cenderung membantu membesarkan keturunan mereka dan meningkatkan kejayaan pembiakan.

Oleh kerana saiz mata manusia dak bertambah sepanjang perkembangannya berbanding dengan bahagian badan yang lain, maka ukuran mata relatif terhadap wajah menurun apabila kita membesar.

Pendek kata, mata kita akan kelihatan semakin kecil apabila usia semakin bertambah.

Ini bermakna bayi mempunyai mata yang lebih besar berbanding dengankanak-kanak dan orang dewasa. Akibatnya, orang yang mempunyai mata besar sering dianggap lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Oleh kerana keremajaan pasangan juga dilihatkan sebagai tanda kesuburan, maka lelaki lebih cenderung untuk suka kepada wanita dengan ciri-ciri neotenous, seperti mata besar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna bahawa lelaki ingin mengawan dengan bayi dan kanak-kanak, yang mana sangat tidak sesuai kerana tidak subur.

Jadi, mengapa biasanya lelaki lebih sukakan wanita yang kelihatan seperti bayi atau babyface?

Pemilihan seksual

Hal ini berkaitan dengan evolusi yang dikenali sebagai “Fisherian runawayselecon”.

Pemilihan Fisherian mencadangkan bahawa apabila satu jantina (dalam kes ini lelaki) lebih memilih pasangan dengan ciri-ciri genetik tertentu, maka melalui proses pemilihan seksual, jantina bertentangan (dalam kes ini wanita) akan memiliki ciri-ciri tersebut dalam bentuk yang semakin ditokok-tambah atau dibesar-besarkan.

Proses ini dipanggil sebagai “runaway” kerana dari masa ke masa, ia akan menyebabkan peningkatan keutamaan yang lebih nggi dan sifat-sifat yang lebih ketara, sehinggakan keperluan untuk menghasilkan sifat itu mengimbangi faedah untuk memilikinya.

Contoh yang sempurna dalam kes ini adalah ekor burung merak.

Ekor burung merak memerlukan tenaga yang banyak untuk tumbuh dan dikekalkan, sekaligus mengurangkan ketangkasan burung tersebut dan memudahkan pemangsa melihatnya.

Namun, ia telah berkembang sehingga menunjukkan bahawa burung merak dengan ekor yang lebih panjang dan besar mempunyai beberapa kelebihan.

Proses yang sama memainkan peranan dalam pemilihan lelaki terhadap wanita yang mempunyai ciri-ciri neotenous.

Rujukan:

  1. Science Direct
  2. Evoluonary Psychological Science
  3. Researchgate

Kredit: IIuminasi

Berbelanja besar mahu nampak seperti ‘BARBIE’, pemuda ini sedih tiada wanita mahu sudi bercinta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker