[VIDEO] Parodi ‘Perempuan Tanpa Dosa’, Kemunculan Cik B Pula Bikin Penonton Terhibur 😂😂

Sebaran :

Segmen parodi bukanlah baru menerusi rancangan Meletop apabila beratus-ratus episod sudah ditayangkan sehingga Jihan Muse turut digelar ratu parodi sebelum ini. Mana tidaknya, ada-ada sahaja idea yang menghiburkan penonton rancangan hiburan itu.

Biarpun begitu, pada malam tadi nampaknya parodi Meletop tidak mengecewakan peminatnya lagi dimana ianya juga dimuat naik seperti biasa menerusi Youtube Meletop.

Walau bagaimanapun, lebih menghiburkan pula apabila kemunculan anak kepada usahawan terkenal yang kini sudah menjadi pelakon menerusi drama, Lelaki Lingkungan Cinta iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen.



Cik B muncul dalam parodi Meletop

Menerusi parodi, kelihatan dia bersama Bell Ngasri dan pelakon Nadya Syahera membuat parodi drama yang kini hangat diperkatakan iaitu Perempuan Tanpa Dosalakonan daripada Uqasha Senrose, Kamal Adli dan Uyaina Arshad.

Ternyata salah seorang pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa iaitu Uyaina Arshad pada malam tadi juga menjadi pengacara jemputan Meletop.



Biarpun begitu, telatah Cik B menerusi parodi Perempuan Tanpa Dosa itu menarik perhatian warganet di Youtube.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=fS2-jf8DAz4[/embedyt]

Manakala diruangan komen pula, Netizen terhibur dengan babak dimana Cik B berlakon bersama pelawak terkenal, Bell Ngasri yang tidak mengecewakan penonton.

Reaksi Netizen di ruangan komen


Cik B parodiCik B parodi

Kredit: HCL

#Viral: Raih Lebih 300 Ribu Tontonan, Video Parodi Zarina Pasal Eira Dan Makcik Restoran 35 Buat Ramai Ketawa [VIDEO]

‘Bangga Jadi Orang Terengganu,’- Video Parodi Ala Hidustan Kal Ho Naa Ho di Jambatan Angkat Buat Netizen Teruja


Sebaran :

Leave a Reply