Siapa Di Atas Pokok Itu?

Johor Bahru: Pengalaman seorang remaja lelaki yang pernah dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada November 2013 masih segar di ingatannya, sungguhpun bangunan usang itu sudah ‘dikunci’ dan tidak boleh dikunjungi.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin atau lebih mesra disapa sebagai Ijat kini berusia 23 tahun banyak menghabiskan masa membantu perniagaan makanan yang diusahakan kedua-dua orang tuanya, di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini.

Menceritakan semula detik pahitnya yang pada ketika itu berusia 16 tahun, dia mengakui tidak terlintas untuk menjadi perhatian orang ramai, apatah lagi dirinya bersama rakan pernah tiga kali mengunjungi rumah kosong yang ‘berpenghuni’ itu pada tahun sama.

“Perkara itu sudah lama, ingat lagi waktu itu pergi ke sana dengan niat mahu berjalan dengan 27 orang lagi…jalan dari bandar (bandar raya Johor Bahru) sekitar jam 12.30 malam (pada hari kejadian). Memang tahu rumah itu berhantu.

“Niat memang tidak mahu kacau tempatnya, hanya mahu jalan. Ada satu kali itu, seorang daripada rakan ambil barang seakan-akan peti kecil dari bawah tangga rumah itu. Cuma pelik ada yang mengambil walaupun kami tidak pernah menyentuh apa-apa sebelum ini.

“Ketika dalam perjalanan hendak keluar dari lokasi itu, seorang rakan perempuan menegur ada yang melambai dari pokok yang berjuntai di tepi bangunan berhampiran dengan kolam air,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 

VILLA terbabit didakwa terdiri daripada tiga bangunan yang sudah usang berusia lebih 40 tahun sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal. FOTO Arkib NSTP
VILLA terbabit didakwa terdiri daripada tiga bangunan yang sudah usang berusia lebih 40 tahun sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal. FOTO Arkib NSTP

 

Menceritakan lanjut detik lucu yang dialaminya pada ketika itu, ia berlaku selepas mereka keluar melalui laluan belakang bangunan berkenaan.

“Kami dari kumpulan sama, tapi ada yang berjalan berasingan panjat ke arah atas bukit kerana di situ ada rumah lagi…ada satu perempuan ini, dia pergi tegur atas pokok siapa itu. Bermula dari situ, sudah mula ada gangguan. Seingat saya ada beberapa orang yang histeria. Mata mereka tidak berkelip-kelip.

“Kami ada cuba bawa mereka ke surau di kawasan berhampiran namun mungkin kami budak waktu itu, tiada siapa yang percayakan kami. Ada yang seakan meracau, kami buka laman YouTube cari suara azan…untuk azankan.

“Selepas insiden itu, saya tidak pergi ke tempat itu lagi. Saya juga tidak mendengar orang lain buat perkara seumpama. Kini, masing-masing sudah pun dewasa dan buat haluan sendiri. Setidaknya ibu saya masih bersama saya,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Norhayati Mohamad, 46, memaklumkan anak ketiganya daripada tujuh beradik itu kini membantunya meniaga makanan di warung berhampiran kediamannya sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia mengakui ada pihak yang mengambil kesempatan memfilemkan insiden itu, selain ada juga yang mengecamnya namun itu hanya pengalaman.

“Saya bersyukur anak saya sihat, masih bersama saya dan tolong-tolong niaga,” katanya.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=g8afirkeW38[/embedyt]

Jangan ‘ditebang’ pokok besar ini … suatu masa boleh berteduh kembali di bawahnya dari ‘ribut petir’ – Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker