PRU diadakan sebaik pandemik berakhir – Muhyiddin
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan sebaik pandemik COVID-19 berakhir, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mahu PRU diadakan ketika pandemik wabak ini masih menular.
“Jika diizinkan, apabila pandemik berakhir, kita akan adakan pilihan raya umum. Kita kembalikan mandat pada rakyat dan biarlah rakyat pilih kerajaan yang mereka mahu.
“Insya-Allah Perikatan Nasional (PN) akan dipilih semula,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden BERSATU pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2020 di sini, hari ini.
Untuk rekod Muhyiddin kini menjadi perdana menteri dalam keadaan sokongan yang diterimanya di parlimen sangat tipis dan dipersoalkan.
Hari ini beberapa ahli Parlimen pembangkang memaklumkan Anwar meminta tempoh seminggu untuk membuktikan sokongan terhadapnya di Dewan Rakyat, dan berjanji akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi PH jika gagal berbuat demikian.
You must be logged in to post a comment.