Lelaki Bangladesh pukul warga tempatan dicari, insiden gaduh tular

Seorang lelaki warganegara Bangladesh dalam lingkungan usia 30-an dicari susulan rakaman insiden pergaduhannya dengan lelaki tempatan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata dalam insiden pergaduhan yang dilaporkan di Jalan Tebrau dekat sini, lelaki tempatan berusia 39 tahun itu cedera di kepala, lengan dan kaki.

“Berdasarkan saksi, suspek bertindak memukul mangsa dipercayai menggunakan sebatang besi.

“Mangsa kini stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah. Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Padzli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Pihak Polis mohon kerjasama dari orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi terus ke talian Hot Line IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323. BH

Terdahulu video pergaduhan itu turut tular di media sosial hari ini.

Menurut maklumat saksi. Suspek memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi.

Lelaki warga Bangladesh didakwa pukul kepala, perut isteri warga tempatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker