Pertemuan 4 mata Muhyiddin dan Zahid adalah bicara dari hati ke hati

Hubungan UMNO Bersatu perlu diperbaiki, bukan mudan tapi inilah yang terbaik

KUALA LUMPUR – Pertemuan empat mata antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lalu, diharapkan membuahkan sinar kepada ahli, penyokong dan rakyat khususnya.

Muhyiddin ketika mendedahkan perkara itu berkata, mereka berdua berbincang dari hati ke hati dan bercakap secara berterus terang.

“Kami sedar hubungan antara Bersatu dan UMNO mesti diperbaiki. Usaha mesti dibuat untuk mewujudkan keakraban antara kedua parti ini dari peringkat kepimpinan tertinggi hinggalah ke Bahagian dan Cawangan.

“Saya tahu usaha ini bukanlah mudah, tetapi, saya yakin inilah jalan yang terbaik.

Seperkara lagi yang dipersetujui bersama ialah untuk memperkukuhkan hubungan antara Bersatu, UMNO dan Pas,” katanya pada Perhimpunan Agung Parti Bersatu yang diadakan secara maya, hari ini.

Jelas beliau, ketiga parti itu mesti saling memperkukuh dan memperkuatkan antara satu sama lain, tidak boleh berpecah, bertembung atau memilih haluan berbeza.

Sementara itu, kata Muhyiddin, Bersatu telah melalui beberapa fasa dalam susur galur perjalanan parti sejak ditubuhkan empat tahun lalu.

“Kita telah melalui fasa penubuhan dengan menyaksikan gerakan mencari keahlian dan menubuhkan Bahagian dan Cawangan di seluruh negara dalam masa yang singkat.

Hubungan Bersatu-UMNO, Inilah cerita sebenarnya – Muhyiddin Yassin

“Dalam tempoh tidak sampai dua tahun, parti kita telah menghadapi PRU 14, sedangkan ketika itu cawangan parti belum lengkap sepenuhnya.

“Selepas PRU 14, kita memasuki fasa baharu, iaitu memperluaskan penubuhan cawangan di seluruh negara, termasuk sayap Srikandi dan Armada, di samping meneruskan usaha menambah keahlian,” katanya.

Kini, kata beliau, adalah masanya untuk mereka perkukuhkan parti dan kepada Ketua Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Bahagian, tugas paling penting ialah melebarkan jaringan keahlian dan cawangan di segenap pelusuk Bahagian masing-masing.

Beliau mahu pimpinan Bahagian memastikan setiap cawangan berfungsi dengan Ahli Jawatankuasa yang lengkap dan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di cawangan masing-masing.

“Jentera parti juga mesti dipersiapkan untuk menghadapi pilihan raya. Latihan untuk jentera pilihan raya parti mesti dimulai dari sekarang.

“Jangan kita tunggu di saat akhir untuk melakukan persediaan. Beberapa pindaan akan dibuat terhadap Perlembagaan parti kita dalam Perhimpunan Agung Tahunan kali ini.

“Pindaan ini adalah penting untuk memastikan parti kita dapat berfungsi dengan lebih baik, sesuai dengan realiti semasa. Ini termasuk pindaan fasal-fasal tertentu dalam perlembagaan parti untuk menubuhkan Sayap Ahli Bersekutu,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker