Resepi Overnight Oats Peanut Butter Coklat Sarapan Pagi Bagi Kurus
Resepi Overnight Oats Peanut Butter Coklat Sarapan Pagi Bagi Kurus
Resepi kali ini ada resepi sarapan pagi yang menggunakan oat sebagai bahan utamannya. Overnight oat adalah sejenis-sarapan pagi yang diperbuat daripada rolled oats, chia seed, susu dan juga yogurt. Ia amat mudah untuk disediakan dan tidak perlu dimasak. Namun begitu ianya perlulah disediakan lebih awal kerana ia perlu masa sekurang kurangnya 12 jam untuk benar-benar sebati dan sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
1cawan rolled oat
1 sudu besar chia seed
1 cawan susu
½ cawan yogurt plain
2 sudu besar peanut butter
1 sudu besar serbuk koko
Kaedah
Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
Kacau sebati
Kemudian masukkan peanut butter dan koko
Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
Siap!
Overnight oat ini menggunakan peanut butter rendah gula dan serbuk koko tanpa gula. Lazimnya ia disediakan di dalam botol kerana ianya lebih mudah untuk dinikmati disebelah pagi namun begitu adalah tidak salah jika anda ingin menyediakannya di dalam mangkuk mengikut citarasa. Selamat mencuba!
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Resepi Overnight Oats Peanut Butter Coklat Sarapan Pagi Bagi Kurus
Baca Artikel Menarik :
- Najib buat laporan polis terhadap LHDN
- Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15
- 4 kereta termasuk Lamborghini terbabit kemalangan [VIDEO]
- Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh
- Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’
- Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN
- ‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan
- Nano spray, awas jangan terpedaya
- Basque Burnt Cheesecake Durian
- Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
- Belum 100 hari, Rina sudah gagal – Fuziah
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.