PRU-15: Bersatu akan guna logo Perikatan Nasional – Muhyiddin



CYBERJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penerimaan rakyat yang semakin baik dan tinggi terhadap PN.

“Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang, PN akan diterima oleh rakyat Malaysia. Kajian dijalankan menunjukkan penerimaan rakyat terhadap PN adalah tinggi

“Oleh demikian, Bersatu membuat keputusan untuk menggunakan logo PN dalam PRU-15 akan datang,” katanya, hari ini.

Pertemuan 4 mata Muhyiddin dan Zahid adalah bicara dari hati ke hati

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Tahunan 2020 Bersatu.




Sementara itu, Muhyiddin mengakui hubungan Bersatu dan UMNO hambar dan tidak mesra berikutan kisah silam antara kedua-dua parti berkenaan.

“Dalam PRU lalu kita bertembung… mungkin parut masih berbekas tetapi takdir Allah tautkan Bersatu dan UMNO. Dari seteru kita menjadi sekutu di dalam Kerajaan PN.

“Saya tahu ada yang tidak selesa dan merasakan seperti dipaksa berkerjasama. Ia situasi sukar tetapi kita fikirkanlah secara mendalam takdir Allah ini tautkan Bersatu dan UMNO serta PAS,” katanya.

Perdana Menteri memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan empat mata bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung hubungan antara kedua-dua parti berkenaan.

Katanya, perbincangan hati ke hati dan saling berterus terang itu bagi memastikan hubungan semua ahli baik dari pimpinan atas hingga akar umbi dapat diperbaiki demi kebaikan bersama.




Hubungan Bersatu-UMNO, Inilah cerita sebenarnya – Muhyiddin Yassin



Leave a Reply

Your email address will not be published.