Moratorium mampu tambah pendapatan boleh guna

Terkini di My KMU !!!!---->

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) menyokong sepenuh cadangan supaya kerajaan menimbang semula lanjutan tempoh bayaran balik pembiayaan peribadi dan perumahan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, cadangan ini tentu sekali memberi kelegaan kepada para peminjam, selain dapat menambah pendapatan boleh guna terutama dalam situasi negara berhadapan dengan Covid-19 dan kehilangan pendapatan pekerja disebabkan oleh wabak.

Menurut, Bank Negara Malaysia (BNM) sepatutnya membenarkan pemanjangan tempoh sehingga 20 tahun itu kepada institusi kewangan, bank dan koperasi kredit.

“Langkah ini juga boleh dianggap sebagai tindakan prihatin kerajaan dalam membantu rakyat yang terkesan dan menggerakkan semula ekonomi negara yang bergerak perlahan,” katanya kepada MalaysiaGazette

Semalam, Presiden CUEPACS meminta Kementerian Kewangan dan BNM memanjangkan semula had tempoh bayaran pinjaman termasuk pembiayaan peribadi daripada 10 tahun kepada 20 tahun.

Adnan Mat berkata, keputusan Bank Negara pada tahun 2013 memendekkan tempoh pembiayaan peribadi dari 25 tahun kepada 10 tahun dan pinjaman perumahan dari 45 tahun kepada 35 tahun tidak lagi relevan.

“Langkah pemendekan tempoh pembiayaan dan pinjaman tersebut mengakibatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh peminjam baru menjadi lebih besar sekali gus mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna mereka,” katanya. MG

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Leave a Reply