Ebit Lew sediakan penginapan percuma kepada waris pesakit IJN dan HKL dari luar

Ustaz Ebit Lew yang pemurah serta dermawan hari ini memberitahu bahawa beliau akan memberi penginapan percuma kepada waris pesakit IJN dan HKL.

Penginapan percuma tersebut disediakan bukan di tempat biasa tetapi di Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata penginapan percuma ini adalah unutuk mereka yang benar-benar memerlukan yang datang dari luar Lembah Kelang.

Penginapan tersebut juga adalah untuk semua tanpa mengira agama dan bangsa.

Kepada yang memerlukannya bolehlah menghubungi nombor telefon 011-70772380 untuk menempahnya.

Berikut di bawah adalah dari posting Ustaz Ebit Lew.

Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kl untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL. Yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh 01170772380. InsyaAllah kos penginapan saya akan tanggung.

Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. 4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Kembalikan penginapan haji percuma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker