Thailand lanjut darurat hingga pertengahan Januari

Terkini di My KMU !!!!---->

BANGKOK – Thailand akan mengekalkan perintah darurat berkaitan koronavirus (Covid-19) sehingga pertengahan Januari depan sebagai usaha untuk memastikan jangkitan wabak itu terkawal ketika cuti Tahun Baharu.

Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata, Kabinet hari ini meluluskan lanjutan perintah darurat selama 45 hari dari 1 Disember hingga 15 Januari – lanjutannya yang kelapan dicadangkan oleh Pusat Pentadbiran bagi Situasi Covid-19 (CCSA).

Perintah darurat sekarang sepatutnya berakhir pada 30 November ini.

“Lanjutan perintah kali ini lebih panjang daripada lanjutan 30 hari sebelum ini kerana ia merangkumi cuti Tahun Baharu. Langkah ini diambil bagi memastikan pandemik Covid-19 terkawal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Perisytiharan darurat telah diumumkan di negara itu sejak 26 Mac lalu bagi mengawal penularan virus tersebut.

Sehingga hari ini, Thailand merekodkan 3,920 kes Covid-19 melibatkan 60 kematian. – Bernama

Leave a Reply