Putaran Ekonomi Malaysia Dengan Sekilas Pandang

oleh Zam Yahaya

Putaran Ekonomi Malaysia Dengan Sekilas Pandang.: Beginilah Putaran Ekonomi Membuat Yang Kaya Lebih Kaya Dan Yang Miskin Bertambah Miskin Dalam Ekonomi Kerajaan Yang Terlalu Pro-Kapitalis.

Hampir Sejuta Orang Hilang Pekerjaan. Bukan mereka saja yang susah bila sejuta orang hilang pekerjaan sebab kehilangan pendapatan mereka akan menyebabkan berjuta juta orang lagi terjejas pendapatan.

Lalu kemampuan berjuta juta orang untuk bayar balik pinjaman bank akan terjejas.



Bila ini berlaku maka bank terpaksa lelong kereta yang ditarik dan rumah yang dirampas.

Dalam masa yang singkat, harga kereta akan jatuh merudum. Harga rumah pun akan jatuh merudum.

Siapa yang untung? Orang kaya T20 lah atau orang super kaya T1, boleh beli hartanah dengan harga murah2…

Siapa mereka yang super kaya T1 ni? Towkay2 bank dan pemegang2 saham bank jugak…Yang ada syarikat property holdings…Itu pasal diorang tak kesah sangat. In every situation mereka tetap akan kaya!



Beginilah Putaran Ekonomi Membuat Yang Kaya Lebih Kaya Dan Yang Miskin Bertambah Miskin Dalam Ekonomi Kerajaan Yang Terlalu Pro-Kapitalis Dan Situasi Ini Telah Berlaku Dinegara Kita Beberapa Kali!

Jangan Biarkan Ia Berlaku Lagi! Jangan!

Kalau bank benarkan lanjutan moratorium, situasi ini besar kemungkinan tidak akan berlaku dengan mendadak dan ekonomi akan dapat dipulihkan.

Tapi peluang orang2 yang super rich ni nak beli rumah dengan harga murah2 melepas la.



Dengan siapa golongan super rich ni berkawan? Sudah tentu dengan Ketua2 Eksekutif Bank, Menteri, Ahli politik dan Ketua2 Eksekutif Macam CEO KWSP tu! Ya, Mereka Mereka Tu Lah…

Sebab Tu Kalau Mana Mana Ahli Parlimen Yang Menyokong Belanjawan 2021 Sekiranya Kerajaan Gagal Mendesak Bank Melanjutkan Tempoh Moratorium Patut Ditolak Rakyat Pada PRU15, Tak Kiralah Mereka Dari Parti Mana Pun! Dalam Soal Ini Semua Rakyat Malaysia Perlu Bersatu Untuk Kepenngan 99% Rakyat Malaysia, Bukan Kepentingan Mereka Yang 1% Tu!

Jangan pandang rendah kuasa netizen Malaysia!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker