Kerajaan masih tunggu Arab Saudi beri maklumat SOP umrah

Kerajaan akan mengumumkan SOP pelaksanaan umrah untuk jemaah Malaysia tidak lama lagi susulan kenyataan kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara mengerjakan ibadat itu mulai 21 Nov lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata setakat ini kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan maklumat lanjut susulan pengumuman awal mengenai perkara itu Sept lalu.

“Bagaimanapun, kita akan berbincang dengan kerajaan di sana dari masa ke semasa berhubung perkara ini bagi membolehkan rakyat kita dapat menunaikan ibadat umrah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang mahu tahu status terkini urusan haji dan umrah semasa pandemik Covid-19.



Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa 20,000 jemaah dari luar negara dibenar mengerjakan umrah setiap hari mulai 21 Nov.

Dalam pada itu, ketika sesi perbahasan belanjawan 2021 di peringkat dasar, Zulkifli berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang mewujudkan jawatan tetap untuk guru Kafa selepas memperolehi kelulusan pihak berkaitan.

Projek perintis itu membabitkan 120 guru Kafa di 12 sekolah sekitar Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pahang.

“Guru Kafa ini akan dibayar setaraf dengan elaun DG29, sekali gus menjadi penanda aras bagi kerajaan untuk mewujudkan jawatan tetap terhadap guru Kafa di masa depan,” katanya. FMT



Arab Saudi benar ibadah umrah bermula 4 Oktober ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker