200 Pejuang Kanser Terima Pulut Kuning Sultan Johor

Share

JOHOR BAHRU – Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) menerima kurniaan pulut kuning daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Kurniaan pulut kuning tersebut bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-62 hari ini.

Pulut kuning diagihkan kepada lebih 200 pejuang kanser dan kakitangan di Wad Kanser Hospital Sultan Ismail (HSI), Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta Kompleks Tunku Laksamana Johor di Hospital Permai.

Pengagihan kurniaan pulut kuning telah disampaikan oleh kakitangan yang juga merupakan wakil daripada pihak YKTLJ kira-kira pukul 6 petang di tiga fasiliti hospital tersebut.

YKTLJ telah diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor pada 26 Jun 2015.

Legasi YKTLJ masih diteruskan sehingga kini bagi memberi bantuan kewangan serta perubatan kepada pejuang-pejuang kanser sekitar Johor.- K! ONLINE

Leave a Reply