PEMBELA pejuang fisabilillah! Bukan mahu jatuh, burukkan kerajaan · MYKMU.NET

PEMBELA pejuang fisabilillah! Bukan mahu jatuh, burukkan kerajaan

Share

Ada pihak ‘sakit hati’ usaha tangani isu ceroboh tanah di Pahang

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 4 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) tidak menafikan terdapat segelintir pihak berkepentingan ‘sakit hati’ dengan usaha gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turun padang bagi menangani isu pencerobohan tanah dan hutan di Pahang.

Pihak terbabit didakwa cuba mewujudkan salah faham kepada masyarakat serta pemimpin kononnya PEMBELA seolah-olah membuat gerakan untuk menjatuhkan dan memburukkan nama baik kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Ismaweb.net, Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masrizi Sat menegaskan fitnah liar sebegitu adalah tidak benar sama sekali.

Tegasnya, gabungan NGO PEMBELA merupakan pejuang-pejuang fisabilillah untuk memperjuangkan kedaulatan dan kebajikan agama, bangsa serta tanah air.

“Dalam memo yang diserahkan kepada wakil MB juga telah dijelaskan kita bersama dan membantu kerajaan negeri Pahang walaupun dari sudut pendekatan yang berbeza.

Tahniah, gelombang rakyat tolak UEC buatkan Hua Zong takut

“Perkara ini juga telah dijelaskan lagi kepada wakil MB – Datuk Tajul Razi Abdul Aziz – yang menerima memo semalam dan juga dalam kenyataan media yang dibuat,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Masrizi berkata, PEMBELA hanya menunaikan tanggungjawab menyampaikan suara rakyat marhaen melalui gabungan ratusan NGO Islam.

Jelasnya, ini kerana mereka bimbang dengan kecuaian pemimpin, kegagalan tindakan penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ratusan ribu ekar tanah telah diceroboh.

“…namun masih lemah tindakan undang-undang kepada penceroboh, ‘double standard’ dan program pemutihan dilihat masih gagal,” katanya.

Terdahulu, PEMBELA menyerahkan memorandum bantahan rakyat berhubung isu pencerobohan tanah dan hutan di negeri Pahang kepada Pejabat Menteri Besar.

Memorandum sama turut diserahkan kepada Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri serta Jabatan Perhutanan Pahang.

Memorandum itu mengandungi tujuh tuntutan secara asasnya mendesak kerajaan negeri bersama-sama SPRM, serta Jabatan Perhutanan Pahang bertindak tegas tanpa kompromi dan tidak ‘double standard’ kepada pengkhianat serta penceroboh tanah kerajaan.

Bagaimanapun Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya meluahkan rasa terkilan kerana ada ‘sekatan-sekatan’ yang perlu dilalui sebelum dapat masuk ke Pejabat Menteri Besar meskipun sudah dimaklumkan kehadiran mereka.

KP Imigresen, sila jawab mana 100,000 pelancong India, China?

Leave a Reply