Tahniah, gelombang rakyat tolak UEC buatkan Hua Zong takut

 

Isyarat Hua Zong  yang meminta semua organisasi Cina di Malaysia ‘berdiam diri’ sementara waktu, membuktikan gelombang rakyat berjaya menolak tuntutan mereka mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) – yang jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya yakin bukan hanya pertubuhan Cina sahaja yang akan membisu sementara, bahkan yakin parti berasaskan kaum – MCA dan DAP juga turut memperlahankan suara dalam isu berkenaan.

Beliau berkata, Hua Zong memiliki pengaruh yang kuat kepada parti politik berkenaan, kerana undi masyarakat Cina sangat dipengaruhi oleh NGO-NGO Cina, yang bergabung di bawah Hua Zhong.

“Menurut Pengerusi Terhormat Huaz Zong, Tan Sri Lim Huah Leong dalam laporan akhbar berbahasa Cina, beliau menyeru pemimpin-pemimpin pertubuhan (NGO) Cina untuk ‘berdiam diri’ dalam beberapa isu termasuklah untuk tidak berbincang secara terbuka mengenai UEC kerana risau merek akan terjerumus ke dalam perangkap.

“Alhamdulillah, tahniah kepada NGO-NGO Islam, NGO-NGO pendidikan dan rakyat sekalian yang telah bersuara mengecam gabungan NGO-NGO Cina (Hua Zhong) yang telah berjumpa dan meletakan tuntutan-tuntutan khususnya mengenai pengiktirafan UEC daripada Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Huah Leong menggesa pertubuhan Cina untuk tidak berbincang secara terbuka mengenai UEC, termasuklah isu membabitkan agama, budaya, pendidikan dan kaum, 

Dia menegaskan, situasi politik sekarang tidak stabil dan jika pemimpin-pemimpin pertubuhan Cina berterusan meminta pengiktirafan UEC, mereka akan terjerumus ke dalam perangkap.

Tegasnya lagi, ia sekali gus akan membuka ruang kepada ahli politik untuk mengambil kesempatan, mencipta dan menggunakan imej wira bangsa.

“Janganlah menjadi semut yang terkorban dalam pertarungan antara gajah-gajah,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini, pada 20 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, ISMA, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) serta NGO Islam lain akan terus menjadi badan ‘check and balance’, khususnya dalam isu identiti nasional, kedaulatan Islam, hak Melayu dan Bumiputera serta Raja-Raja Melayu.

“Jika mereka ada gabungan NGO-NGO Cina yang bernama Hua Zong, kita orang Melayu ada gabungan NGO-NGO kita sendiri iaitu PEMBELA.

“NGO akan terus berperanan sebagai ‘check and balance’,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker