Parti Melayu perlu berkorban utamakan agenda agama, bangsa

Share

Tidak perlu bergabung jika semua prinsip penting disepakati

BANGI, 5 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Parti politik Melayu di negara ini tidak perlu bergabung sebaliknya perlu mempunyai prinsip yang sama iaitu memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Pemerhati politik, Dr Syed Agil Syed Alsagoff berkata, matlamat itu penting di mana ia akan memastikan agenda nasional tercapai.

Memberi contoh parti-parti Cina dan India, Syed Agil berkata, mereka tidak bergabung namun bersepakat memajukan negara dan membela nasib rakyat mengikut kaum masing-masing.

“Dalam hal ini, kita kena pastikan parti-parti politik (Melayu) berkorban dengan memberi keutamaan kepada pembelaan terhadap nasib masyarakat Islam di negara kita.

“Bukan perlu bergabung, tetapi kita harus mempunyai niat suci untuk menterjemahkan agenda politik kepada kepentingan rakyat, agama Islam dan negara, “ katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Najib minta bank berkorban lanjutkan tempoh moratorium

Terdahulu, pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah memberi gambaran bahawa parti-parti Melayu di negara ini sukar untuk bersatu.

Beliau berkata, penyatuan kesemua parti-parti politik Melayu ini amat penting demi masa depan dan survival Melayu Islam serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Katanya, sekiranya PAS tidak dapat menjadi moderator untuk menyatukan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan UMNO, beliau mengesyorkan badan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengambil alih  tugas itu demi kepentingan umat Islam secara keseluruhan.

“Jika tidak, pasti negara ini akan jatuh kepada tangan ultra kiasu sekali lagi. Ketika itu, sudah terlambat untuk mengambil kembali.

“Ketika parti-parti politik Melayu lemah, ultra kiasu menyusun strategi untuk menjadi lebih kuat untuk merampas kembali,” katanya.

Leave a Reply