Najib minta bank berkorban lanjutkan tempoh moratorium

Bekas perdana menteri, Najib Razak meminta bank melakukan pengorbanan dengan melanjutkan tempoh moratorium bagi peminjam.

Najib berkata keputusan itu akan memberikan manfaat kepada bank dalam jangka panjang.

“Jadi, inilah masa bank-bank perlu berkorban supaya pelanggan-pelanggan mereka tidak terjejas dan masih mampu untuk mengembalikan keuntungan berbilion-bilion kepada bank pada masa depan apabila krisis Covid berakhir,” katanya ketika perbahasan menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan mengumumkan moratorium pinjaman selama enam bulan dari bulan April hingga September di mana peminjam tidak perlu membayar balik pinjaman mereka dalam tempoh tersebut.

Bank Negara dan bank lain bagaimanapun menyatakan bahawa tempoh moratorium berkenaan tidak akan dilanjutkan.

⁷ memang ada kuasa yang besar ke atas bank-bank dalam Malaysia – baik dari segi pemilikan saham, suntikan dana kos rendah, garis panduan bank atau undang-undang yang berkaitan,” jelasnya.

Katanya, sekiranya bank tidak mampu melanjutkan tempoh moratorium, mereka boleh mempertimbangkan untuk memberi tempoh di mana peminjam hanya perlu membayar ansuran bulanan bagi bahagian faedah sahaja.

Najib, yang juga bekas menteri kewangan berkata, jika permintaan untuk pinjaman baru juga menurun, tiada keperluan untuk bank meminta pelanggan mereka membayar semula pokok atau prinsipal pinjaman.

“Sebagai contoh jika selama ini sebuah bank biasanya membuat keuntungan sebanyak RM5billion, tetapi tahun ini hanya mendapat RM1bil-RM2bil sahaja, ianya tidak akan melumpuhkan sistem kewangan negara,” katanya.

Sementara itu, Najib juga menggesa kerajaan menaikkan had statutori hutang negara melepasi 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ini katanya bagi memberi ruang fiskal kepada kerajaan untuk berbelanja dalam usaha memerangi kesan akibat wabak Covid-19.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker