Beri alasan nak pulangkan pelitup muka, rupanya nak cabul budak darjah 3

SEORANG pemandu forklift ditahan selepas melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 3 November lalu ketika mangsa berada seorang diri di rumahnya didatangi seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga suami kepada pengasuh mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek telah masuk ke rumah mangsa dengan alasan ingin memulangkan pelitup muka mangsa.

“Ketika berada di dalam rumah, suspek telah memanggil mangsa untuk duduk bersebelahannya sebelum mencabul bahagian dada mangsa.

“Mangsa kemudian menjerit berkali-kali sehingga suspek melarikan diri. Mangsa juga menghubungi ibu saudaranya untuk memberitahu kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. SM

Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSK) 2017.

Jika disabit bersalah, katanya, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.

Lelaki lakukan amang seksual kanak-kanak ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker