Lelaki lakukan amang seksual kanak-kanak ditahan

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian amang seksual melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah rumah di Taman Wahyu Off Jalan Sibu, Kuala Lumpur pada 9 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita berusia 34 tahun yang juga merupakan ibu kepada mangsa.

“Menurut wanita berkenaan, pada 9 November lalu kira-kira pukul 10 pagi, mangsa ada memaklumkan bahawa dia tidak selesa berada di rumah pengasuh yang baru beberapa minggu dikenali.

“Mangsa memberitahu bahawa suspek yang dikenali sebagai Abang Lie, 29, yang juga merupakan anak kepada pengasuh berkenaan pernah menarik tangannya dan mengarahkan kanak-kanak itu melakukan seks oral ketika berada di dalam bilik suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Nik Ros Azhan, suspek juga didakwa telah mencabul kehormatan mangsa sebanyak dua kali ketika kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh tersebut.

“Mangsa juga telah diarahkan oleh suspek agar tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa termasuk ibunya sendiri serta bapa saudaranya yang juga merupakan rakan kepada suspek.

“Susulan laporan yang diterima, tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada 10 November kira-kira pukul 11 pagi di sebuah rumah di Batu 6, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambah Nik Ros Azhan, mangsa akan dibawa oleh ibunya ke Hospital Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan psikiatri kanak-kanak.

“Pemeriksaan ke atas suspek tidak menemui sebarang rekod jenayah lampau dan Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

[VIDEO] Haruan Makan Anak, 41 Tuduhan Rogol, Amang Seksual Terhadap Anak Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker