Cikgu Kata Saya Akan Jual Burger Kalau Terus Menyanyi Rap” – Buat Sampai Jadi, Burger Joe Flizzow Masuk Stesen Minyak
Penyanyi Joe Flizzow mendedahkan guru sekolahnya pernah mengatakan dia hanya akan menjadi seorang penjual burger sekiranya ingin terus bergelar seorang bintang rap.
Bagi Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 41, ramalan gurunya itu tepat selepas perniagaan burger miliknya telah berjaya memenangi sebuah program yang dianjurkan oleh stesen minyak Shell.
“Semasa di sekolah menengah, seorang guru pernah beritahu saya, saya akhirnya hanya akan menjadi penjual burger untuk meneruskan kehidupan sekiranya saya memilih untuk meneruskan karier sebagai penyanyi rap.
“Ternyata ramalannya betul. Saya merupakan pemenang Realisasikan Impianmu Bersama Shell. Joe’s Burger akan berada di 650 kiosk stesen minyak Shell diseluruh negara tidak lama lagi.
“Terima kasih kepada pihak Shell, Shahiran Huzaini dan seluruh tenaga kerjanya diatas inisiatif ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang lain juga. Let’s go. Chasing dream sampai jadi,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Jelas bekas anggota Too Phat itu lagi, di atas kemenangan tersebut, jenama burgernya, Joe’s Burger akan dipasarkan di hampir 650 kiosk Shell di seluruh negara.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah di atas pencapaiannya itu.
“Yay congrats Joe,” tulis Datin Vivy Yusof.
“So proud,” komen isterinya Nini Marini.
“Sampai jadi! Tahniah big bro,” komen seorang wargamaya.
“Oh saya teringat awak menyanyi rap dan memaksa saya mendengar semasa kita berusia 15 tahun. Masa berlalu Johan, sangat bangga dengan awak,” kata seorang wargamaya.
“Saya salah seorang staff di stesen petrol Shell, tak sabar nak rasa gigitan pertama burger awak,” komen seorang wargamaya lagi. Gempak
Joe Flizzow selamat dirikan rumah tangga dengan Marini Ramlan
You must be logged in to post a comment.