Joe Flizzow selamat dirikan rumah tangga dengan Marini Ramlan

Share

Penyanyi rap dan penulis lirik terkenal, Joe Flizzow selamat mendirikan rumah tangga dengan Marini Ramlan hari ini.

Khabar gembira itu dikongsikan ibu Marini, Fatimah Ismail melalui akaun Instagram miliknya dengan tanda pagar #JoeNini.

“Hari ni hari bahagian anak perempuan saya, Nini dan menantu Joe Flizzow. Tahniah diucapkan buat kedua-duanya.


“Semoga perkahwinan kamu mendapat direstui Alah dan kekal selamanya. Kepada Joe, selamat datang ke keluarga kami, sayang selalu, mak,” katanya di Instagram.

Melalui semakan Malaysiakini, adik kepada Marini, Didi Ramlan dilihat turut berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik dua imej berserta kapsyen berbunyi: “Covid wedding vibes.”

Joe dan Marini akhirnya disatukan selepas 15 tahun berkenalan. Mereka mula menjalin hubungan serius mulai 2016.


Mereka awalnya merancang untuk mengadakan majlis April lalu namun terpaksa ditunda ekoran wabak Covid-19.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan Disember lalu.

Mkini


Leave a Reply