Si Dia Rasa Kamu Sangat Hot Kalau Pakai Ini Untuk Tidur

Kebanyakkan wanita, mereka gemar memakai pakaian seksi dan mengucapkan kata-kata yang romantis untuk menggoda si dia. Daripada pakaian dalam sehinggalah beberapa pakaian yang cukup seksi ini dilihat sebagai taktik yang klasik yang digunakan oleh wanita.

Kadang-kala, kamu tak perlu berusaha keras untuk menjadi seksi di mata si dia, cukuplah kamu menjadi diri kamu sendiri dan memakai pakaian yang selesa tetapi seksi baginya.

Tak susah pun, kamu cuma perlu tanya atau memerhati tindak-tanduk si dia apabila kamu memakai beberapa jenis pakaian. Adakah reaksi si dia lain daripada lain atau sama? Jika kamu tidak tahu untuk memakai apa, ini adalah beberapa pakaian yang si dia suka lihat kamu memakainya.

Oversized T-shirt 

Memakai oversized t-shirt ini tidak akan menunjukkan kamu seorang yang try hard untuk kelihatan seksi. Selain menyelesakan, oversized t-shirt ini juga membuatkan si dia rasakan kamu cukup seksi.

Foto – Arkib Wanista

Flannel Pjs

Flannel pjs ini sangat besar dan sangat selesa. Pakaian ini sememangnya menutup badan secara keseluruhan yang membuatkan ia kelihatan misteri dan menggoda.



Foto – Arkib Wanista

Legging 

Walaupun dianggap biasa, tetapi apabila kamu memakai legging ia akan menampakkan susuk tubuh kamu yang sangat seksi yang membuatkan si dia berimaginasi.

Foto – Arkib Wanista

Booty Short 

Tak perlu untuk menunjukkan pinggul anda kerana booty short ini membuatkan pinggul anda kelihatan seksi. Selain itu, si dia juga menyukai booty short yang mempunyai prints yang comel di mana ia menunjukkan kamu seolah-olah wanita yang innocent dan girly!

Foto – Arkib Wanista

Panties 

Kalau kamu nak lakukan sesuatu yang extreme, kamu juga boleh cuba memakai panties sahaja ketika hendak tidur. Secara tidak langsung ia menghidupkan suasana romatis antara kamu dengan si dia.

Foto – Arkib Wanista

Kemeja

Tak dinafikan jika kamu sering memakai kemeja si dia, ia akan memberikan kamu kelihatan extra hot apabila hanya membutangkan beberapa butang sahaja dan melipat pergelangan tangan tanpa memakai seluar.



Foto – Arkib Wanista

Tak perlu keluarkan kos yang banyak pun kalau nak buat si dia tergoda dengan kamu. Hanya gunakan pakaian yang sedia ada dalam almari sahaja kamu boleh kelihatan sangat seksi di matanya. Selamat mencuba!- WN

Hubungan sulit si isteri akhirnya terbongkar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker