Lelaki diganggu ketika hidu gam serang polis dengan rantai

Seorang anggota polis cedera di tangan dan kakinya selepas seorang lelaki menyerang sekumpulan polis yang mengganggunya ketika menghidu gam menggunakan rantai gergaji berantai yang diubah suai di Pulau Gaya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, sekumpulan anggota polis menemui suspek berusia 21 tahun itu ketika rondaan rutin di pulau itu pada 10.30 pagi tadi.

Katanya, mereka memperkenalkan diri kepada pemuda itu, yang dilihat menghidu bahan berkenaan, sebelum dia segera bangkit dan menghayun rantai itu ke arah mereka serta mengugut akan mengakhiri nyawa mereka.

Beliau berkata, pemuda itu “menghayun rantai gergaji yang diubah suai menjadi senjata itu tak tentu hala”.

Bagaimanapun, dia berjaya ditahan sejurus itu dan direman. Tiada dokumen pengenalan ditemui padanya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker