"Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best! · MYKMU.NET

“Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas” – Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!

Share

Masuk hari ketiga tayangan filem Mulut Masin, naskhah tersebut terus mendapat sambutan dalam kalangan penonton.

Rata-rata menyifatkan karya arahan Razaisyam Rashid itu merupakan sebuah filem yang cukup menarik untuk ditonton.

Buktinya, ada penonton yang sudah menonton berulang-ulang kali kerana terhibur dengan gelagat pelakon kanak-kanak yang diangkat sebagai teraju utamanya.

“Abang tengok dekat 10 kali dah, tapi tak puas-puas pun. Best sangat cerita Mulut Masin, memang best gila Jay sebagai Ajib membawakan watak ni sangat baik.

“Saya dah tengok cerita

Mulut Masin ni, memang best lah!,” komen sebahagian penonton di media sosial.


Karya terbitan Astro Shaw itu menampilkan gandingan pelakon kanak-kanak dan aktor berpengalaman.

Antaranya, Jay Nazif, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As’ad Motawh dan ramai lagi.

BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin

Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenknya.

Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.

VIDEO DIBAWAH:-

Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.-GEMPAK

Leave a Reply